KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menasihatkan orang ramai yang ingin bercuti ke negeri ini supaya mendapatkan khidmat pelancongan daripada ejen berlesen bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Sulaiman Sulong berkata, Terengganu sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama pada musim cuti sekali gus menyebabkan ada pihak cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara menipu.