Dua subvarian Omicron dikesan di Malaysia

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan beberapa kes Covid-19 yang melibatkan subvarian Omicron.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui ciapannya di Twitter berkata, dua kes yang ditemui tersebut adalah daripada subvarian BA.5 dan satu BA.2.12.1.

Iklan
Iklan

"Malaysia baru sahaja mengesan dua kes BA.5 dan satu kes BA.2.12.1. Ini adalah kali pertama varian ini dikesan.

"Kedua-duanya dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron,” katanya pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, setakat ini, faktor risiko adalah masih kekal sama.

WHO telah menambah varian BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Iklan