Jangan kerana duit sanggup belot kepada negara

Iklan
Dua lelaki tempatan dicekup semasa membawa 24 PATI menggunakan MPV mewah secara berasingan di jalan Kampung Batu 4, Tanah Merah pada Februari lalu.

SEDIA mengetahui apabila seseorang terlibat sama dalam kegiatan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa kebenaran adalah satu perkara yang dilarang dan dianggap sebagai pembelot kepada negara.

Ini kerana, PATI merupakan orang luar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah di sisi undang-undang.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, kita juga tidak mengetahui apa tujuan PATI untuk datang ke negara ini meskipun ada di antara mereka hanya sekadar mahu mencari sumber pendapatan dan tempat berteduh sahaja.

Namun, ada juga antara mereka yang bertentangan dengan perkara tersebut dan bertujuan untuk menimbulkan lagi masalah seterusnya memberi kesan kepada warganegara Malaysia sendiri.

Iklan

Pada Khamis, di Kedah, empat pemandu treler ditahan kerana masing-masing menerima bayaran sebanyak RM500 sebagai upah membawa masuk PATI warga India ke Malaysia melalui negara jiran.

Pegawai Pemerintah Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Shamsul Baharin Aman berkata, kesemua mereka menerima upah tersebut bagi jarak perjalanan sejauh lapan kilometer daripada pekan Dannok ke Changlun dekat sini.

Iklan

Menurutnya, kegiatan pemandu lori yang berusia antara 28 hingga 41 tahun itu dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan antara jam 11.40 hingga 11.55 malam di sekatan jalan raya Kilometer 1.1 Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam.

Perkara tersebut sama sekali satu perbuatan yang perlu dihindari meskipun ditawarkan dengan dengan bayaran yang tinggi.

Ini kerana dalam rukun negara sendiri ada menyatakan supaya rakyat Malaysia perlu setia kepada Raja dan negara yang membawa maksud tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Jangan sebab ditawarkan dengan nilai ringgit, jati diri kita sebagai rakyat Malaysia pudar dan sanggup untuk membelot negara.