SURABAYA - INDONESIA . Seorang lelaki di Indonesia terpaksa menunjukkan alat sulitnya kepada pihak berkuasa selepas bapa mertuanya mendakwa 'saiz alat sulit yang besar' telah menyebabkan kematian anak perempuannya ketika pasangan itu melakukan hubungan intim.
Lelaki dikenali sebagai Baresh disoal siasat pada Februari lalu dan diminta menunjukkan alat kelamin miliknya di hadapan saudara mara isteri dan ketua kampung.
Bapa mertuanya, Nedi Sito, 55, dari perkampungan Maron Kidul di daerah Maron, wilayah Jawa Timur terdengar khabar angin tentang kematian anaknya, Jumantri, 23, yang berpunca daripada saiz zakar menantunya.
Tetapi, pihak berkuasa mendapati alat kemaluan Baresh 'bersaiz normal' dan bukan penyebab kematian isterinya.
Wanita itu dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sawan pada malam kejadian.
Ketua unit siasatan jenayah Probolinggo memberitahu bapa mertuanya menarik balik laporan itu kerana berpuas hati dengan laporan siasatan dan selepas melihat sendiri zakar Baresh. - Daily Mail