Gagal beraksi baik punca Republik Czech tewas

Iklan
Jaroslav Silhavy.

KEGAGALAN pemain beraksi dengan baik berdasarkan percaturan yang telah dilakukan dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kekalahan 0-2 Republik Czech kepada Portugal pada Jumaat.

Menurut pengendali skuad The Locomotive itu, Jaroslav Silhavy, kesebelasan pemain dilihat gagal beraksi dengan baik sebagaimana yang dipamerkan ketika menewaskan Sepanyol sebelum ini.

Iklan
Iklan

Malah katanya, pemain turut melakukan kesilapan hingga membenarkan lawan menjaringkan gol.

"Kami tidak beraksi dengan baik pada perlawanan ini. Sebelum ini, permainan kami agak teratur ketika berdepan Sepanyol.

Iklan

"Bagaimanapun kali ini, permainan kami agak kucar-kacir dan keadaan itu dimanfaatkan sebaiknya pihak lawan bagi ‘menghukum’ kami.

"Kami berjaya bangkit pada separuh masa kedua dengan mengasak ke pintu gol lawan tetapi gagal untuk menjaringkan gol bagi menyamakan kedudukan,” katanya.

Iklan

Kekalahan itu menyaksikan Republik Czech berada pada kedudukan ketiga Kumpulan 2 bagi saingan Liga A kali ini.

Sementara itu, Jaroslav berkata, sekiranya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada perlawanan berkenaan keputusan perlawanan mungkin akan turut berubah.

Malangnya, jentera serangan Republik Czech dilihat gagal untuk menembusi benteng pertahanan Portugal.

"Kami gagal menjaringkan gol pada perlawanan kali ini, namun saya akan memastikan perkara itu tidak berulang pada perlawanan akan datang,” ujarnya.