Enrique pertahankan pemain Sepanyol

Iklan
Sepanyol hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Pablo Sarabia pada minit ke-13 bagi memastikan kemenangan skuad La Roja itu. - Foto EPA

BIARPUN Sepanyol disifatkan beraksi hambar di sebalik kemenangan 1-0 ke atas Switzerland pada aksi Liga Negara-Negara Eropah pada Jumaat, pengendali skuad La Roja Luis Enrique, tetap mempertahankan kesebelasan pemainnya.

Menurut Enrique, kesemua pemain telah mempamerkan aksi terbaik masing-masing bagi menghasilkan kemenangan walaupun diberi tentangan sengit Switzerland sepanjang perlawanan.

Iklan
Iklan

"Biarpun ramai yang melabel pasukan ini beraksi hambar, namun bagi saya pemain telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan.

"Begitu juga dengan Switzerland, saya katakan begini kerana mereka ternyata tidak memberikan laluan mudah buat kami pada perlawanan ini," katanya.

Iklan

Sepanyol hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Pablo Sarabia pada minit ke-13 bagi memastikan kemenangan skuad La Roja itu.

Sementara itu Enrique turut mempertahankan tindakannya menurunkan pemain pertahanan, Diego Llorente pada perlawanan berkenaan.

Iklan

Katanya, biarpun pemain itu kurang mendapat minit permainan, tetapi Llorent tetap diperlukan bagi mengawal benteng pertahanan pasukan.

"Saya lebih tahu mengenai bola sepak. Saya menurunkan Llorente kerana dia adalah antara pemain pertahanan terbaik di Sepanyol.

"Walaupun hanya beraksi hanya sebanyak tiga kali pada 2020, namun saya tetap percaya kewibawaannya mampu membantu pasukan,” katanya.