Klang catat 157 kes baharu demam denggi

Iklan
Zakaria menunjukkan sampel jentik-jentik yang diambil dari tempat takungan air untuk mengenal pasti spesis nyamuk yang membiak.

KLANG - Sebanyak 157 kes baharu demam denggi direkodkan di daerah ini pada minggu epid ke-22.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Zakaria Ismail berkata, jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes demam denggi sebanyak 2,886 sejak awal tahun lalu.

Iklan
Iklan

Tambahnya, sebanyak dua kes baharu direkodkan di Taman Meru Indah pada minggu lalu.

"MPK melaksanakan pemeriksaan dari rumah ke rumah, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes pada waktu pagi dan semburan asap (fogging) dilaksanakan di kawasan sekitar ini di sebelah petang.

Iklan

"Kami memohon penduduk di Taman Meru Indah supaya menjaga kebersihan dan tidak membiarkan tempat pembiakan nyamuk aedes terutamanya di lorong belakang rumah," katanya di sini pada Jumaat.

Pegawai penguat kuasa MPK mengambil sampel jentik-jentik untuk mengenalpasti jenis nyamuk yang membiak di tempat takungan air.

Dalam pada itu, Zakaria memaklumkan cuaca kini yang tidak menentu boleh memberi kesan tumbesaran nyamuk aedes.

Iklan

Ujarnya, nyamuk aedes boleh membesar daripada telur hingga menjadi nyamuk dewasa dalam masa lima hari ketika cuaca panas berbanding seminggu pada iklim sebelum ini.

"Waktu panas mempercepatkan masa tumbesaran daripada telur kepada nyamuk dewasa.

"Penduduk diminta peka dan segera musnahkan tempat pembiakan nyamuk bagi menangani penyakit demam denggi," katanya.