Pedal kokpit terputus punca helikopter Vichai terhempas

Iklan
Pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha maut apabila helikopternya terhempas pada 28 Oktober lalu. - Foto AFP

LONDON - ENGLAND . Hasil siasatan kerajaan Britain mengesahkan pedal kokpit yang terputus adalah punca nahas helikopter yang mengorbankan pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha pada 28 Oktober lalu.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) berkata, beberapa pedal kokpit terputus daripada rotor di ekor helikopter itu, menyebabkan ia hilang kawalan dan terhempas sejurus selepas meninggalkan stadium.

Iklan
Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Leicester City sah terbunuh]

"Helikopter berkenaan hilang kawalan akibat alat kawalan rotor terputus.

Iklan

Pesawat berkenaan mula berpusing ke bahagian kanan sebelum terhempas," kata laporan setebal lapan muka surat itu.

Menurut AAIB, mereka sedang menyiasat dengan lebih terperinci untuk melihat punca kerosakan. - AFP

Iklan