JKM cari waris bayi lelaki

Iklan
JKM cari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Orphan Care Petaling Jaya pada 15 April lalu.

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling mencari waris bayi lelaki berusia tiga bulan yang ditinggalkan di kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Orphan Care Petaling Jaya pada 15 April lalu.

Pelindungnya, Nor Asmaniza Ahmad berkata, bayi tersebut ditemui bersama sekeping nota menyatakan dilahirkan secara pramatang berusia 33 minggu, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan pelindungnya mendapatkan perintah mahkamah bagi meletakkan bayi di tempat selamat sementara siasatan lanjut dilakukan.

"Mahkamah juga membenarkan siaran akhbar dibuat untuk mengesan ahli keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan bayi itu di bawah peruntukan Seksyen 15 (3) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

"Bayi tersebut akan dibawa semula ke mahkamah pada 23 Jun 2022," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Justeru, sesiapa mempunyai maklumat berkenaan bayi ini boleh tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling atau hubungi Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587 bagi membantu lancarkan siasatan kes.

Iklan