Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Wai Ching

Iklan
Foto: Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Soh Wai Ching yang mengesahkan statusnya sebagai pelari menara nombor satu dunia.

"Semoga dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan,” titah Seri Paduka berdua menerusi catatan di Facebook Istana Negara di sini.

Iklan
Iklan

Wai Ching mengesahkan statusnya sebagai nombor satu dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat, Sabtu lepas.

Atlet berusia 27 tahun itu memenangi acara pendakian 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center, dengan catatan 12 minit 46 saat. - Bernama

Iklan
Iklan