Kejuaraan JET: Selangor, Kuala Lumpur ungguli saingan suku akhir

Iklan
Wei Shan terus memburu misi mempertahankan kejuaraan apabila menumpaskan wakil tuan rumah dalam saingan suku akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Kedua di Meru, Perak pada Jumaat.

SKUAD badminton lelaki Bawah 16 tahun (B-16) Selangor dan Kuala Lumpur terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mengungguli saingan suku akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua di Meru, Perak pada Jumaat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan 100PLUS, pemain pilihan pertama dari Selangor, Au Wei Shan terus memburu misi mempertahankan kejuaraan apabila menumpaskan wakil tuan rumah, Muhd Al Imran Jasni 21-15, 22-20.

Iklan
Iklan

Beliau dijadual berdepan pemain Kuala Lumpur, Yap Chun Shin yang menundukkan rakan sepasukan, Ethan Loh Lim Tik 21-15, 21-15.

Sementara itu, seorang lagi wakil Selangor, Shawn Hiu berjaya meraih kemenangan ke atas rakan sepasukan Razeeq Danial Roslie 21-17, 21-14 dan bakal membuat perhitungan menentang Jayden Ng Yi Shen dari Kuala Lumpur pada pusingan seterusnya.

Iklan

Jayden menyingkirkan pemain Melaka, Han Ryan Ee Jian menerusi kemenangan 21-11, 21-12.

Bagi saingan perempuan, Selangor mengisi dua slot separuh akhir dengan pemain pilihan utamanya Eng Ler Qi yang menepati ramalan melepasi suku akhir selepas mengecewakan rakan sepasukan, Shanraya Kabilan 21-11, 21-14.

Iklan

Ler Qi bakal berdepan saingan daripada rakan sepasukan, Shan Lee Yu yang menewaskan pemain tuan rumah, Cheng Pei En 21-18, 21-19.

Pada masa sama, pemain Melaka, Shaneesa Shahidi menafikan satu lagi slot buat Selangor apabila menundukkan Chong Ker Yie 21-12, 21-19.

Menanti Shaneesa di separuh akhir adalah pemain Kelantan, Yeap Phoi Lin yang mengatasi Christina Loh Shin Ni dari Kuala Lumpur 21-9, 21-17. - Bernama