47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan air berjadual

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 47 kawasan di dearah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 21 Jun depan bermula jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, gangguan tersebut berlaku berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, gangguan bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya pada 22 Jun jam 9 pagi.

"Pelaksanaan kerja-kerja ini mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Iklan

"Bekalan air dijangka akan disalurkan kepada para pengguna bermula jam 9 malam, 21 Jun 2022 secara berperingkat setelah kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan siap, seterusnya sistem agihan bekalan air distabilkan," katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Air Selangor menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual berkenaan.

Iklan

Ujarnya, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya.