Ecuador kekal beraksi di Piala Dunia Qatar

Iklan
Kewarganegaraan Castillo (tengah) menjadi pertikaian FFCh sebelum ini.

ECUADOR sah kekal beraksi di Piala Dunia Qatar hujung tahun ini selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menutup siasatan yang diminta oleh Chile berhubung kelayakan seorang pemain utama Ecuador.

Jawatankuasa disiplin FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menutup prosiding terhadap Persekutuan Bolasepak Ecuador (FEF) selepas meneliti kesemua dokumen yang dihantar kepada pihaknya selain mengambil kira beberapa elemen sebelum memutuskan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Selepas menganalisis penghujahan semua pihak yang berkenaan dan mempertimbangkan semua elemen yang dibawa ke hadapannya, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah memutuskan untuk menutup prosiding yang dimulakan terhadap Perseketuan Bola Sepak Ecuador (FEF).

"Hasil keputusan Jawatankuasa Tatatertib telah dimaklumkan hari ini kepada pihak berkenaan. Keputusan yang dibuat kini masih tertakluk kepada rayuan di hadapan Jawatankuasa Rayuan FIFA,” kata kenyataan itu.

Iklan

Persekutuan Bola Sepak Chile (FFCh) bulan lalu mengemukakan aduan kepada FIFA berhubung status kewarganegaraan bek sayap Ecuador, Byron Castillo.

Menurut FFCh, pihaknya mendakwa mempunyai bukti bahawa pemain itu sebenarnya warga Colombia.

Iklan

Di bawah peraturan Fifa, seseorang pemain tidak boleh mewakili negara yang mereka tidak mempunyai kewarganegaraan.

Dalam pada itu, FFCh berkata, mereka akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu sehingga ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika perlu.

"Bukti sahih dan berasas yang kami tunjukkan mencukupi. Anehnya, keputusan itu tidak memihak kepada kami.

"Kami ketinggalan 1-0 tetapi masih ada separuh masa kedua," kata Presiden FFCH, Pablo Milad.