Buruh maut kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor

Iklan
Kenderaan mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 113, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran sempadan Dungun-Kemaman di sini pada jam 8.15 malam, Jumaat.

KEMAMAN – Seorang buruh maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 113, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran sempadan Dungun-Kemaman di sini pada jam 8.15 malam, Jumaat.

Mangsa, Mazlan Daud, 55, dari Kampung Beladau Selat Serada, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu Proton Saga dalam perjalanan ke arah Jabor bersama isteri, anak dan seorang penumpang lain.

"Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa tiba-tiba memasuki lorong kanan sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Iklan

"Jarak terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran secara berdepan,” katanya di sini pada Sabtu.

Menurut Hanyan, kemalangan itu menyebabkan isteri mangsa patah tangan dan kaki, anak perempuannya yang berusia 12 tahun patah tangan kiri manakala seorang penumpang lain tidak cedera.

Iklan

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda yang merupakan kontraktor berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala anak dan isterinya dirawat di Hospital Dungun,” katanya.