'Mungkin dia khuatir partinya hilang banyak kerusi’ - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (kiri), Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pihak yang bertegas mahu menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.

Beliau secara sinis berkata, ‘pandangan’ diberikan Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu kemungkinan atas kebimbangan terhadap parti diterajuinya.

Iklan
Iklan

"Mungkin kalau PRU15 cepat, dia (Abdul Hadi) khuatir partinya (Pas) akan kehilangan kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO (WAU 2.0) ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’ di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid (tengah) meluangkan masa bergambar dengan penyokongnya sebaik selesai merasmikan Wacana Aspirasi UMNO (WAU 2.0) ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’ di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Pas menganggap pihak yang bertegas mahu menyegerakan PRU15 adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.

Iklan

Jelasnya, penolakan dan saranan agar PRU15 diadakan sehingga tempoh tamat penggal Parlimen ke-14, berakhir Jun tahun depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

Ditanya mengenai penolakan Abdul Hadi terhadap kerjasama antara pembangkang di bawah ‘khemah besar’ bagi menghadapi PRU15, Ahmad Zahid pula melontarkan pandangan berbeza.

Iklan

"Saya tidak kategorikan khemah itu besar, kecil atau sederhana kerana yang penting khemah BN sedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada secara kesefahaman sekarang ataupun selepas PRU15,” katanya.