Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf tenat

Iklan
Pervez Musharraf. - Foto Reuters

NEW DELHI - Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78, yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat.

Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis, kata keluarga bekas presiden itu pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Keadaan beliau kini tenat kerana organ dalaman yang sudah tidak berfungsi. Doakan agar urusan beliau dipermudahkan," ciap keluarganya menerusi akaun Twitter Musharraf.

Menurut keluarganya beliau tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan susulan khabar angin di media sosial bahawa bekas presiden itu telah meninggal dunia.

Musharraf memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008.

Iklan

Beliau ke Dubai pada Mac 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan berada di luar negara sejak itu. - Bernama