Jangan terlalu berpolitik, fokus bantu rakyat: Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin

KULAI - Semua ahli pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di setiap bahagian diingatkan tidak ghairah berpolitik sehingga melupakan tujuan sebenar menyertai politik iaitu membantu rakyat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga membebankan rakyat sewajarnya perkara terbabit dipandang serius oleh ahli pimpinan parti untuk membantu.

Iklan
Iklan

"Inflasi dan kenaikan kos sara hidup ini diberikan perhatian Majlis Pemulihan Negara (MPN), dalam mesyuarat lepas pun dibincangkan cara bagaimana hendak percepatkan pemulihan tetapi pada masa kini agak terbeban dengan inflasi.

"Saya fikir ini agenda paling utama PN dan Bersatu, kerana kita tidak fikirkan bila kerajaan hendak buat pilihan raya umum. Tak payah cakap banyak soal bila pilihan raya, siapa nak jadi Perdana Menteri kerana itu semua tidak penting ketika ini," katanya pada sidang akhbar Majlis Jalinan Mesra PN Johor di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pagoh itu akan menggesa Perdana Menteri dan jemaah menteri memberi perhatian kepada pemulihan ekonomi negara.

"Seluruh kerajaan perlu bertindak mungkin hampir setiap minggu perlu bermesyuarat sehingga keadaan betul-betul pulih. Saya tidak nampak langkah sebegitu diberi perhatian, saya tidak cakap kerajaan tidak buat apa- apa, tetapi tidak cukup.

Iklan

"Nanti orang cakap apa yang MPN buat, sedangkan MPN dibentuk bukan untuk ambil alih kuasa atau jadi kementerian tetapi sekadar memberikan nasihat dan cadangan munasabah dari masa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, PN akan mewujudkan projek galakan tanaman di seluruh bahagian dan cawangan bagi membekalkan sumber makanan kepada golongan rakyat yang berkemampuan.

"Hasil tanaman itu kita bekalkan kepada rakyat miskin, kalau bekal secara percuma lebih baik atau paling tidak kita jual pada harga murah sahaja asalkan pulang modal kerana kita bukan nak cari untung.

"Saya sendiri akan Bachok Kelantan dalam masa terdekat ini bagi melihat projek tanaman sayur-sayuran yang dimulakan pimpinan bahagian Bersatu di sana," katanya.