Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar SUV

Iklan
Keadaan motosikal dua beranak yang dilanggar SUV dalam kejadian kemalangan di simpang empat Wisma Persekutuan Gua Musang pada Sabtu.

GUA MUSANG - Seorang ibu maut manakala anaknya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail di simpang empat Wisma Persekutuan Gua Musang di sini pada Sabtu.

Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati SUV yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun itu sedang dalam perjalanan ke majlis akad nikah anak saudaranya di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang.

"Lelaki terbabit keluar dari simpang berkenaan sebelum terlanggar motosikal jenis Honda Spacy yang ditunggang mangsa.

Iklan

"Ketika itu mangsa yang membonceng anaknya datang dari arah kanan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan