BN berpeluang rampas kembali Parlimen Sepang: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Haji dan Sambutan Ulang Tahun Ke-48 Barisan Nasional Peringkat Parlimen Sepang di Bangunan UMNO Sepang malam Ahad. Foto: Bernama

SEPANG - Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerusi itu pernah dimenangi gabungan politik berkenaan dan hanya terlepas kepada parti lawan akibat tsunami politik yang berlaku pada PRU14.

Iklan
Iklan

"Kali ini kita sendiri wujudkan tsunami politik supaya yang pernah kalahkan kita akan merasa kekalahan itu.

"Pemimpin dan ahli BN di Sepang perlu melakukan apa saja bagi menyantuni kira-kira lebih 100,000 pengundi,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan bakal haji dan Sambutan Ulang Tahun ke-48 BN peringkat Parlimen Sepang malam Ahad.

Iklan

Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua ahli dan pemimpin BN di Sepang supaya tidak memikirkan siapa calon yang akan bertanding pada PRU15 sebaliknya meminta mereka bekerjasama bagi memenangkan BN.

Kerusi Parlimen Sepang, yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil, ketika ini disandang oleh Mohamed Hanipa Maidin daripada Parti Amanah. - Bernama

Iklan