Blok PH Sabah perlu diterajui parti tempatan: Ewon

Iklan
Ewon hadir ke mesyuarat agung tritahunan UPKO Penampang, pada Sabtu.

PENAMPANG - Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mencadangkan blok Pakatan Harapan (PH) Sabah diterajui oleh parti tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu juga berpendapat, semua blok politik tersebut harus diterajui oleh parti tempatan termasuk PH Sabah.

Iklan
Iklan

"Saya melihat UPKO boleh menerajui pimpinan blok PH Sabah di beberapa kawasan seperti Penampang. Begitu juga di peringkat negeri.

"Bagaimanapun, ia perlu diperhalusi dan dibincangkan di peringkat pimpinan PH Sabah terutama menjelang pilihan raya akan datang," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tritahunan UPKO Penampang di sini, pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ewon lagi, semua blok politik di Sabah harus diterajui oleh parti tempatan dan setakat ini belum ada blok politik tempatan tulen di Sabah.

"Penyertaan dan dominasi parti-parti beribu pejabat di Semenanjung dalam blok-blok politik yang ada termasuk blok Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga didominasi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan

"UPKO mengalu-alukan sebarang pembentukan blok politik di Sabah bagi yang sedia ada atau baharu.

"Tetapi saya berpendapat semua blok politik ini harus diterajui oleh parti lokal termasuk PH Sabah," katanya.