Peluang Malaysia layak ke Piala Asia masih besar: Khuzaimi

Iklan
Antara aksi pemain Malaysia ketika menentang Bahrain pada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Foto - Bernama

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Khuzaimi Piee tetap optimis pasukan negara mampu melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia 2023 meskipun gagal memungut sebarang mata ketika menentang Bahrain.

Pemain kelahiran Melaka itu berkata, jika diikutkan atas kertas, Malaysia masih lagi mempunyai peluang untuk ke Piala Asia sekiranya dapat menewaskan Bangladesh pada perlawanan terakhir.

Iklan
Iklan

Justeru Khuzaimie berharap, agar pasukan kebangsaan segera mempelajari segala kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada perlawanan menentang Bahrain dan bangkit dalam misi wajib menang bertemu skuad Harimau Bengal itu.

"Terdapat beberapa kesilapan yang kami lakukan pada perlawanan ini sebagai contoh kami lambat tutup ruang sekaligus menyebabkan Bahrain hukum kami dengan menjaringkan gol.

Iklan

"Bagaimanapun, semua sudah terjadi dan lepas, dan sekarang ini kami harus terus fokus untuk perlawanan seterusnya menentang Bangladesh pada Selasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Dalam pada itu, penyerang negara Syafiq Ahmad turut memberikan pandangan senada dengan Khuzaimee ketika ditanya berkenaan peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia tahun depan.

Iklan

Jelas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, bagaimanapun Malaysia perlu menang dengan jaringan yang besar ketika menentang Bangladesh bagi mencerahkan lagi misi mereka untuk layak ke kejohanan berprestij di benua Asia itu

"Kalau kita lihat, peluang kita masih belum tertutup malah peluang negara sebenarnya agak besar tapi atas diri kita sendiri untuk perlawanan seterusnya

"Jadi disebabkan kita gagal untuk mendapatkan mata pada malam ini, tiada alasan untuk kita selain menjaringkan gol yang banyak dan menang pada perlawanan seterusnya,”katanya.

Untuk rekod, Malaysia ketika menghuni tangga kedua kumpulan E selepas mengutip tiga mata daripada dua perlawanan sebelum ini.

Harimau Malaya seterusnya akan turun pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Bangladesh, manakala Bahrain berdepan Turkmenistan, Selasa ini.