Pas mahu sokongan tidak bersyarat diberi kepada PM

Iklan
Khairil Nizam

KUALA LUMPUR - Pas mahu supaya sokongan tidak bersyarat diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memulihkan negara dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, kepercayaan yang telah diberikan rakyat dan parti-parti lain dalam kerajaan tidak boleh dikhianati.

Iklan
Iklan

"Sepertimana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mahu menangguhkan pemilihan parti demi perpaduan dan kestabilan UMNO, begitulah juga hasrat kerajaan pada hari ini untuk meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan tertinggi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, tujuan Pas menyokong kerajaan pada hari ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan negara dapat ditadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan.

Iklan

Sehubungan itu, Khairil Nizam berkata, rakyat tidak boleh diheret dalam konflik perebutan kuasa dalam parti.

"Masalah utama yang dihadapi oleh negara pada hari ini bukanlah isu parti mana atau siapa yang perlu dominan dalam kerajaan, tetapi masalah utama kini ialah krisis ekonomi. Peningkatan inflasi semakin menghimpit rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya. - Bernama

Iklan