Rakyat nak kerajaan Selangor segera selesai pencemaran air: Noh

Iklan
Noh (empat, kiri) bergambar bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang dan bakal jemaah haji di Majlis Penyampaian Sumbangan Bakal Haji Parlimen Tanjong Karang di Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang, pada Ahad.

TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor didesak mengambil tindakan jangka masa pendek dan panjang bagi menangani pencemaran sumber air di negeri tersebut.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, rakyat di Selangor ingin melihat tindakan munasabah diambil kerajaan negeri bagi mengatasi isu kekerapan terputus bekalan air.

Iklan
Iklan

"Isu terputus bekalan air sudah jadi kebiasaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakal Haji Parlimen Tanjong Karang di Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang, pada Ahad.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, isu bekalan air di Selangor sentiasa berlaku setiap tahun seolah-olah tiada kesudahan.

Iklan

Kata beliau, meskipun pelbagai pendekatan dilakukan kerajaan negeri termasuk menggunakan dron berteknologi tinggi, namun aktiviti pencemaran masih berlaku.

"Kalau belanja menggunakan dron berjuta ringgit sekalipun, tetapi masih berlaku pencemaran hingga menyebabkan bekalan air terganggu tidak memberi faedah kepada kerajaan negeri.

Iklan

"Rakyat hendak melihat hasil munasabah daripada peruntukan yang dibelanjakan bagi menangani isu pencemaran," katanya.