BEIJING - Kapal tempur tentera China tanpa nakhoda atau tidak dikendalikan oleh kapten kapal berjaya menamatkan pelayaran laut sulungnya selama tiga jam di luar Pulau Panzhi di Laut China Timur, lapor media China baru-baru ini.
Akhbar milik kerajaan Global Times melaporkan bahawa kapal seberat 200 tan itu boleh dihantar ke zon tempur berbahaya dalam misi peninjauan dan untuk memerangi pesawat.