Jangan normalkan budaya kasar di kedai makan

Iklan
Tular video peniaga restoran asam pedas di Banda Hilir, Melaka meninggikan suara kepada pelanggan akibat gagal mengawal emosi.

MERAK Jalanan lega apabila peniaga restoran asam pedas di Banda Hilir, Melaka memohon maaf kerana meninggikan suara kepada pelanggan akibat gagal mengawal emosi sehingga menjadi viral baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian itu bermula daripada rasa tidak puas pelanggan disebabkan minuman air lemon sebiji yang dipesan, bukan kerana harga RM240 untuk hidangan nasi dan telur dadar seperti didakwa sebelum ini.

Iklan
Iklan

Katanya lagi, orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian.

Sebenarnya sudah banyak kali insiden pertengkaran berlaku di restoran di negara ini. Malah kejadian di Bahau, Negeri Sembilan pada Mei lalu adalah lebih buruk lagi apabila seorang pelanggan ditumbuk oleh pekerja restoran nasi kandar selepas berlaku pertengkaran susulan pelanggan tak puas hati harga nasi goreng.

Iklan

Merak Jalanan tahu ada beberapa tempat bahasa penduduknya agak kasar sedikit. Namun, jangan normalkan budaya tak beradab lebih-lebih lagi di tempat makan.

Orang Melaka misalnya bergurau kasar, tapi taklah terjerit-jerit sampai satu kedai makan dengar. Gurau kasar dan kurang adab itu jauh bezanya.

Iklan

Merak Jalanan faham ada banyak insiden tak menyenangkan di kedai makan. Minta lain dapat lain misalnya bukan sahaja membantutkan selera malah kadang-kadang boleh naik angin dibuatnya.

Itu belum kira kalau terpaksa menunggu sampai sejam. Kombinasi perut lapar pelanggan dan penat kerja peniaga, memang mudah mencetuskan suasana tak harmoni.

Bahasa melambangkan bangsa, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Baik pelanggan, baik peniaga, adab dan bahasa kena jaga. Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Semua yang keluar di mulut datang daripada hati. Bukan sebab Melaka, bukan sebab negeri. Ini sikap kita sendiri.