Lebih 15,000 biri-biri tenggelam di pelabuhan Sudan

Iklan
Hanya 700 ekor daripada 15,800 ekor biri-biri berjaya diselamatkan di Pelabuhan Suakin, Sudan pada Ahad. - Foto AFP

KHARTOUM - Sebuah kapal yang membawa muatan lebih 15,000 ekor biri-biri karam di Pelabuhan Suakin, Sudan pada Ahad.

Bagaimanapun, semua kru kapal yang membawa muatan itu dilaporkan selamat.

Iklan
Iklan

Kapal membawa haiwan ternakan tersebut dari Sudan ke Arab Saudi tenggelam kerana terlebih muatan.

"Kapal itu, Badar 1, tenggelam pada awal pagi Ahad," kata seorang pegawai kanan pelabuhan tersebut yang enggan namanya didedahkan.

Iklan

"Ia membawa 15,800 ekor biri-biri yang melebihi had muatannya," ujarnya seperti dilaporkan AFP.

Pegawai itu berkata, kapal itu sepatutnya membawa hanya 9,000 ekor biri-biri.

Iklan

Jumlah nilai ternakan yang hilang sekitar 14 juta Saudi riyal (RM16.47 juta), kata Saleh Selim yang merupakan ketua bahagian penternakan persatuan pengkesport haiwan itu.

Beliau berkata, pemilik ternakan hanya menemui sekitar 700 ekor biri- biri tetapi haiwan-haiwan tersebut didapati sangat sakit dan dijangkakan tidak akan hidup lama. - Agensi