Pirlo kini dengan Super Lig

Iklan
Andrea Pirlo

BEKAS pengendali Juventus, Andrea Pirlo dilantik sebagai pengendali baharu kelab divisyen teratas Turki, Fatih Karagumruk SK.

Pirlo, 43, menandatangani kontrak selama setahun dengan kelab Super Lig yang berpangkalan di Istanbul tersebut bermula pada 1 Julai ini.

Iklan
Iklan

"Selamat memulakan pengembaraan baharu. Terima kasih kepercayaan dan tugasan baharu diberikan Karagumruk SK," kata bekas pemain antarabangsa Itali itu.

Untuk rekod, Karagumruk atau lebih dikenali Kara Kırmızı naik ke liga utama Turki pada 2020, menduduki tempat kelapan musim lalu.

Iklan

Gergasi Serie A, Juventus sebelum ini memecat Pirlo pada Mei 2021 selepas satu musim mengendali The Old Lady setelah hanya mengetuai penyandang juara itu meraih kedudukan keempat kempen 2020/21.

Di Juventus, pasukan kendaliannya tewas kejuaraan Serie A kepada Inter Milan dan tersingkir dari kelompok 16 terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara.

Iklan

Penampilan sulungnya bersama The Old Lady di Stadium Turin sebagai pengendali merupakan tanggungjawab pertama mengendalikan pasukan utama senior.