TVET Kemas terima peruntukan RM1.9 juta

Iklan
Abdul Rahman (tengah,duduk) bersama penerima APC Kemas Pahang di Genting Highlands pada Isnin.

GENTING HIGHLANDS - Peluang untuk golongan B40 meningkatkan kemahiran diri sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka terus menjadi keutamaan kerajaan.

Antaranya menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan bagi program TVET Kemas yang akan memberikan peluang kepada golongan B40 untuk menjalani latihan tersebut.

"Peruntukan TVET Kemas merangkumi bimbingan, kursus dan biasiswa ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah menerusi kursus dalam industri tekstil dan fesyen yang dilihat mempunyai potensi besar di Malaysia.

Iklan

"Justeru, Kemas akan membuka tawaran kepada rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berminat untuk mengikuti sijil dan diploma dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan pentadbiran fesyen di Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar Perak mulai di Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar Perak mulai sekarang hingga 26 Jun 2022," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemas Negeri Pahang di Genting Highlands di sini pada Isnin.

Iklan
Abdul Rahman ketika berucap dalam majlis tersebut di Genting Highlands pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan, Rafea’ah Mohd Nahar dan Pengarah Kemas Pahang, Zainal Abidin Ali.

Ujar Abdul Rahman, Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar ini telah melahirkan seramai 1,414 individu yang memiliki diploma dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf sejak tahun 2007.

"Jika dahulu kelas-kelas jahitan yang dilaksanakan oleh Kemas di kampung-kampung hanya untuk suri rumah belajar menjahit langsir, baju kurung tapi kini kita telah kembangkan sehingga ke tahap diploma sekaligus pensijilan ini diiktiraf untuk menceburi industri tekstil di negara ini. tapi kini kita telah kembangkan sehingga ke tahap diploma sekaligus pensijilan ini diiktiraf untuk menceburi industri tekstil di negara ini.

"Peluang pengajian dibuka kepada belia dan beliawanis yang berada di luar bandar dengan keutamaan dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan turut ditawarkan kepada pelatih dari agensi kementerian dan lain-lain merangkumi 279 institusi TVET KPLB untuk melanjutkan pengajian”, jelasnya.

Sementara itu, Abdul Rahman turut memberitahu, KPLB akan menganjurkan Expo TVET@KPLB pada 23 hingga 25 Jun 2022 di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani Kedah yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.