MoU Masjid Hijau bersama UM

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Masjid Hijau antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diwakili Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail (kiri) bersama Universiti Malaya (UM) diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Ir Dr Shaliza Ibrahim (kanan) pada Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan 2022 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.

MoU Masjid Hijau bersama UM itu bagi mengimplementasikan amalan lestari dan inovasi hijau masjid-masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024. - Foto Bernama