Stadium Nasional tetap jadi pilihan AFC esok

Iklan
Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto hiasan 123RF

KEDUA-dua perlawanan terakhir bagi Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John yang memaklumkan, tiada perubahan venue atau tarikh dengan kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di Stadium Nasional.

Iklan
Iklan

"Tiada pertukaran venue, kedua-dua perlawanan akan bermain seperti biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah terdapat kemungkinan berlaku pertukaran venue atau perubahan waktu perlawanan, susulan isu permukaan padang Stadium Nasional yang digenangi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lepas.

Iklan

Lebih parah, apabila tular beberapa petugas yang dilihat menggunakan penyodok dan kadbod, dalam usaha mengalirkan air keluar dari padang sebelum perlawanan bermula yang menyaksikan tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen di media sosial.

Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dan pengendali Bahrain Helio Sousa turut mengakui permukaan padang pada malam itu menjejaskan rentak pasukan untuk bermain pada prestasi terbaik.

Iklan

Semalam, media tempatan melaporkan terdapat kemungkinan berlaku perubahan venue bagi kedua-dua aksi esok ekoran, masalah air bertakung apabila hujan turun dengan lebat di Stadium Nasional dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras disebut-sebut sebagai antara gelanggang alternatif. - Bernama