Karangkraf menang reruai terbaik PBAKL 2022

Iklan
(Gambar kecil: Izzat Izhar) Penolong Pengurus Besar Jualan, Grup Buku Karangkraf, Roziana Omar (tiga dari kiri) ketika menerima anugerah reruai terbaik PBAKL 2022 yang disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan)

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf telah memenangi rerusai terbaik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Izzat Izhar Nasir berkata, pemilihan pemenang bagi anugerah tersebut adalah melalui tarikan dan kecantikan reruai.

"Kita dipilih sebagai reruai tercantik dalam kalangan pempamer-pempamer yang lain. Ia dinilai melalui kreativiti reka bentuk sesebuah gerai tersebut.

Iklan

"Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada penilai-penilai yang memilih Karangkraf sebagai reruai tercantik dan terbaik untuk Pesta Buku Antarabangsa kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sesi temu mesra bersama penulis, Kazim Elias (bersongkok) di reruai Karangkraf

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang pesta tersebut diadakan bermula 3 Jun hingga 12 Jun, sambutan amat memberangsangkan dari pengunjung sama ada di Lembah Klang dan di negeri lain.

"Dari segi jualan, kita rasakan jualan sangat memberangsangkan malah lebih baik berbanding 2019. Sambutan kali ini memang lebih baik dari tahun sebelumnya dan kita tidak menjangkakan perkara ini.

"Pada awalnya, semua penerbit agak ragu-ragu untuk membuka reruai masing-masing. Ini kerana semua sedia maklum banyak barangan mengalami kenaikan harga, jadi kita risau tiada sambutan. Bagaimanapun pada hari pertama berlangsung ia sudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan,” ujarnya.

Jelas beliau, antara kategori yang mempunyai jualan terbanyak di reruai Karangkraf adalah terdiri daripada novel, buku islamik, buku nota My Quran Time dan juga al-Quran.