Mayat wanita OKU ditemukan di bawah pokok

Iklan
Arsad Kamarudin

HULU SELANGOR - Mayat seorang wanita kurang upaya (OKU) ditemukan di bawah pokok di jalan utama di Taman Desa Kiambang Serendah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 8.13 pagi.

Iklan
Iklan

"Pengadu mendakwa ternampak wanita itu terbaring di bawah pokok tersebut pada jam 7.15 pagi.

"Siasatan mendapati wanita berkenaan berusia 40 tahun dan juga pemegang kad OKU," ujarnya.

Iklan

Arsad berkata, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan lanjut dan pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas mayat mangsa tidak menemukan sebarang kesan luka atau unsur-unsur jenayah.

Iklan

"Satu kertas siasatan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Dalam pada itu, Arsad meminta masyarakat untuk tampil ke balai polis berhampiran sekirannya mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan bagi membantu siasatan.