Beri kepercayaan kepada KPM: Radzi

Iklan
Radzi semasa Majlis Bicara Ilmu di Masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, Sabah pada Isnin.

SHAH ALAM - Masyarakat diharap dapat memberi kepercayaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan pendidikan kepada generasi pewaris negara.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, segala usaha yang dirancang KPM perlu mendapat kerjasama seluruh masyarakat selain pihak sekolah.

Iklan
Iklan

"Berilah kepercayaan kepada KPM dalam melaksanakan usaha-usaha yang dirancang demi memperkasa pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

"Usaha penerapan elemen ini secara semulajadi bukan hanya melibatkan pihak sekolah, tetapi memerlukan kerjasama seluruh masyarakat,” katanya.

Iklan
Radzi (berbaju kuning) tiba di Masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, Sabah

Beliau berkata demikian dalam hantaran Facebooknya selepas Majlis Bicara Ilmu di Masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, Sabah pada Isnin.

Menurut Radzi, pada majlis berkenaan, beliau turut berkongsi tentang cabaran dan pendekatan KPM dalam menyediakan akses pendidikan yang terbaik untuk murid-murid.

Iklan

"Terkini, pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menambahbaik profesion perguruan melalui latihan berterusan.

"Selain itu, konsep #SekolahkuSEJAHTERA turut diperjelaskan agar lebih difahami oleh anak-anak, guru dan ibu bapa serta masyarakat,” ujarnya.