KOTA BHARU - Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol di sini berjaya melahirkan 82 huffaz al-Quran yang sudah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di universiti dalam dan luar negeri.
Pengetuanya, Mohd Zainudin Awang Seman berkata, MTAR yang ditubuhkan pada tahun 2007 telah memperkemaskan kaedah pembelajarannya selepas tiga tahun beroperasi, merangkumi gabungan tahfiz dan akademik selaras peredaran masa hingga berjaya melahirkan 82 huffaz cemerlang akademik sejak tahun 2015.