Jangan cuba-cuba seludup ganja Thailand

Iklan
Antara ketulan ganja dibawa masuk dari negara jiran yang pernah dirampas pihak berkuasa sebelum ini. - Gambar hiasan

THAILAND telah membuat keputusan untuk membenarkan rakyatnya menanam ganja di rumah bagi tujuan perubatan sekaligus ia menjadikan ia sebagai negara Asia pertama melakukan perkara tersebut.

Bagaimanapun, penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis, secara rekreasi masih diharamkan.

Iklan
Iklan

Namun begitu, perkara tersebut masih mengundang pelbagai reaksi daripada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlaku penyeludupan dan salah guna.

Rata-rata penduduk berdekatan menyuarakan kebimbangan berlaku peningkatan penyeludupan dan ketagihan apabila negara gajah putih tersebut membenarkan perkara itu.

Iklan

Oleh yang demikian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Jelas Ayob, keputusan Thailand itu secara langsung turut menimbulkan keghairahan kepada tokan tempatan untuk mendapatkan bekalan dari negara berkenaan.

Iklan

Pasukan polis akan melipatgandakan kawalan di kesemua pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk memantau pergerakan yang mencurigakan membabitkan cubaan penyeludupan ganja.

Dalam masa sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap turut memberi amaran agar tiada pihak yang melakukan salah laku tersebut.

Jelasnya, pihak berkuasa mahupun warga tempatan diingatkan untuk tidak sama sekali bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dadah tersebut kerana ia memberi kesan buruk kepada reputasi negara.

Meskipun Thailand membenarkan penanaman pokok ganja, namun begitu undang-undang di Malaysia masih melarang penggunaan daun tersebut meskipun sebagai perubatan.

Oleh itu, rakyat Malaysia disaran untuk mematuhi undang-undang agar tiada sebarang hukuman berat yang dikenakan sekiranya perbuatan tersebut diketahui pihak berkuasa.