Nigeria belasah Sao Tome and Principe 10-0

Iklan
Osimhen antara pencetak gol Super Eagles ketika berdepan Sao Tome and Principe.

PENYERANG sensasi, kelab Serie A Itali, Napoli, Victor Osimhen menjaringkan empat gol ketika Nigeria melengkapkan kemenangan luar biasa 10-0 ke atas Sao Tome and Principe dalam perlawanan kumpulan A Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023 di Agadir, Maghrib.

Super Eagles dibarakan Jose Peseiro yang mencipta sensasi selepas terlepas peluang mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022, melengkapkan kemenangan terbesar dalam bola sepak antarabangsa menerusi jaringan Osimhen (9, 48, 65, 84), Terem Moffi (43, 60), Moses Simon (28), Peter Etebo (55), Ademola Lookman (66) dan Emmanuel Dennis (92).

Iklan
Iklan

Untuk rekod, ini bukan kekalahan paling berat dalam sejarah perkembangan bola sepak Sao Tome and Principe dikendalikan Adriano Eusebio, sejak kekalahan 0-11 kepada Congo pada 1976.

Kemenangan itu menyaksikan The Super Eagles mengekalkan rekod bersih dengan mengutip enam mata selepas mengharungi dua perlawanan peringkat kumpulan A dalam misi mara ke temasya terbesar bola sepak benua Afrika tersebut di Ivory Coast pada Jun tahun depan.

Iklan

INFO

Iklan

Kemenangan terbesar Super Eagles

20 Oktober 1951

Nigeria 5-0 Ghana

29 November 1959

Nigeria 10-1 Dahomey

29 Disember 1964

Nigeria 6-1 Upper Volta

14 Februari 1977

Nigeria 7-0 Republik Benin

27 Julai 1991

Nigeria 7-1 Burkina Faso

24 Julai 1993

Nigeria 6-0 Ethiopia

1 Jun 1994

Nigeria 5-0 Georgia

13 Oktober 2012

Nigeria 6-1 Liberia

17 Jun 2013

Nigeria 6-1 Tahiti