PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju membenarkan Kementerian Pendidikan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk mengatasi isu berkaitan kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan, kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti isu itu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja terbabit terpelihara.