Marquinhos sandaran baharu Arsenal

Iklan
Marquinhos

KELAB sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal mengesahkan pembelian penyerang remaja Marquinhos dari kelab liga Brazil, Sao Paolo, menurut kelab itu ketika mengumumkan perkara tersebut.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa The Gunners membayar yuran dalam lingkungan tiga juta pound untuk pemain berusia 19 tahun itu, yang menandatangani kontrak lima tahun di kelab London tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami gembira dapat menyelesaikan perpindahan dengan Sao Paulo, kerana Marquinhos adalah pemain yang telah kami tonton selama ini...

"Pada usia 19 tahun, dia masih muda, semestinya adalah prospek untuk menjadi pemain masa depan Arsenal," kata pengarah teknikal Arsenal, Edu.

Iklan

Untuk rekod, Marquinhos, pernah mewakili Brazil dalam kejuaraan Bawah 16 dan Bawah 17 tahun, melakukan 17 penampilan untuk Sao Paolo dalam semua pertandingan musim lalu telah menjaringkan tiga gol.

Marquinhos juga pemain pertama ditandatangani Mikel Arteta, yang bertekad mencabar gergasi liga Inggeris musim depan selepas menduduki tempat kelima dalam liga musim lalu di belakang tertangga London utara, Tottenham Hotspur.

Iklan