Johor kaji semula hari cuti minggu

Iklan
Onn Hafiz ketika menyampaikan Amanat Menteri Besar Johor 2022 di Pusat Konvensyen Persada di sini, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan mengkaji semula penetapan hari cuti minggu yang kini dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu sejak tahun 2014.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu juga bagi menimbang semula permintaan rakyat khususnya ibu bapa daripada kalangan penjawat swasta yang seringkali tidak mempunyai masa bersama anak-anak mereka.

Iklan
Iklan

"Mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu berbeza untuk kerajaan dan swasta, kerajaan Johor akan mengkaji semula perkara ini (penetapan cuti hujung minggu).

"Ia agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama, saya akan umumkan selepas mendapat kaedah paling tuntas bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Amanat Menteri Besar Johor 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, pada Selasa.

Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Iklan

Baginda bertitah, pertukaran cuti berkenaan bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari serta memudahkan umat Islam lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat.

Keputusan itu juga dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.

Sementara itu, Onn Hafiz dalam amanatnya juga menggesa penjawat awam terutama ketua jabatan agar kerap mengambil pendekatan ‘turun padang’ bagi menyelami masalah rakyat.

"Saya menyeru kepada semua ketua jabatan persekutuan, negeri dan daerah untuk kerap turun padang untuk melihat sendiri masalah serta tekanan dihadapi rakyat. Empati dengan meletakkan diri sendiri sebagai pengguna.

"Kita perlu serius dan mengubah cara kerja dengan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam supaya pelabur lebih tertarik untuk ke sini,” katanya.