MIC Pahang bidas kenyataan P Ramasamy

Iklan
Ismail Abdullah Kunji

KUANTAN - MIC Pahang mempersoalkan kewajaran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr P Ramasamy mengesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meletak jawatan susulan isu penguatkuasaan ke atas penceroboh tanah haram di Cameron Highlands.

Setiausahanya, Ismail Abdullah Kunji berkata, kenyataan pemimpin itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah kurang matang dan semata-mata untuk meraih populariti murahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai pemimpin, Dr P Ramasamy sepatutnya menghormati kepimpinan Menteri Besar Pahang, bukannya cuba mencampuri urusan kerajaan negeri dalam isu itu.

"Sekiranya ada rasa tanggungjawab dalam isu itu, sepatutnya beliau berbincang dengan kerajaan negeri untuk cari jalan penyelesaian bukan sesuka hati meminta menteri besar meletak jawatan.

Iklan

"Beliau yang datang ke kawasan terlibat atas jemputan segelintir pekebun yang mendakwa diusir dari tanah yang diusahakan perlu mendapat gambaran sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Ismail berkata, perbuatan murahan seperti itu hanya akan menunjukkan Dr Ramasamy tidak matang dalam berpolitik dan pada masa sama, DAP juga perlu tegas terhadap pemimpin mereka yang memainkan politik kotor demi popularati murahan.

Iklan

"YB Ramasamy cukuplah, hentikan drama politk anda di Cameron Highlands.

"Wan Rosdy seorang pemimpin yang sentiasa jaga kebajikan rakyat termasuk di Cameron Highlands. Beliau sentiasa sedar denyutan nadi rakyat dan bersedia untuk perbincangan sebarang isu demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya.

Dr Ramasany sebelum ini menyeluarkan kenyataan menggesa Wan Rosdy meletak jawatan apabila terdapat kira-kira 60 penceroboh tanah haram di sekitar Sungai Ichat dan sekitar kawasan rezab tadahan air Sungai Terla, Cameron Highlands.

Susulan kenyataan itu, Wan Rosdy melalui Facebook rasminya membidas kenyataan pemimpin itu yang disifatkan satu serangan tidak berasas dan tidak profesional.

Melalui kenyataannya itu, Wan Rosdy berkata, isu pekebun haram di Cameron Highlands sudah dijelaskan sebelum ini apabila tindakan penguatkuasaan ke atas pekebun haram dilakukan.

Tindakan itu demi memelihara alam sekitar daripada terus tercemar dan menjamin bekalan air terawat bagi keseluruhan penduduk di Cameron Highlands.

"Sepatutnya beliau (Ramasamy) melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya.