Siasat ejen tawar khidmat pekerja asing secara 'jalan pintas': Papsma

Iklan
Kerajaan digesa menyiasat dakwaan terdapat segelintir ejen pengambilan pekerja asing yang menawarkan kaedah dan kelulusan pengambilan pekerja asing secara 'jalan pintas' kepada majikan tempatan. Gambar kecil: Dr Sukumaran

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) mendakwa terdapat segelintir ejen pengambilan pekerja asing terutamanya dari luar negara menawarkan kaedah dan kelulusan pengambilan pekerja asing secara 'jalan pintas' kepada majikan tempatan.

Setiausaha Papsma, Dr Sukumaran Nair berkata, tawaran sebegitu membuatkan ada majikan terpedaya sedangkan prosedur daripada kerajaan biasanya mengambil masa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia seharusnya melibatkan ejen dari Malaysia untuk pengambilan pekerja asing di negara ini bukannya ejen dari luar negara.

"Ejen dari Malaysia mempunyai lesen atau kuasa untuk terlibat dalam pengambilan pekerja asing, tetapi ejen dari luar tiada lesen atau kuasa sebegitu.

Iklan

"Jika kita (ejen Malaysia) tidak boleh melakukan perkara itu (uruskan pengambilan pekerja asing) di luar negara, mengapa ejen luar boleh pula boleh menyediakan perkhidmatan pengambilan pekerja asing,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini yang menjelaskan proses pengambilan pekerja asing membabitkan tiga negara iaitu Indonesia, Bangladesh dan Kemboja akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Iklan

Menurutnya, ketika ini kementerian berada pada proses terakhir membabitkan prosedur pengambilan, proses teknikal dan pemeteraian memorandum dengan ketiga-tiga negara itu.

Terbaharu, Saravanan ke Dhaka, Bangladesh bagi membincangkan perkara berkenaan dengan rakan sejawatan dan Perdana Menteri negara itu awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Sukumaran turut mendedahkan terdapat beberapa ahli Papsma mendakwa pelanggan mereka ‘dicuri’ ejen dari Bangladesh dan Nepal dengan menjanjikan kelulusan lebih cepat yang luar daripada norma kebiasaan diamalkan kementerian.

"Ramai pelanggan kami beralih kepada mereka kerana tawaran sebegitu.

"Sebab itu, kami minta kerajaan siasat perbezaan itu kerana ia bercanggah dengan prosedur biasa diamalkan kementerian seperti yang kami faham,” katanya.