120 kenderaan lama musnah terbakar

Iklan
Sebahagian 120 kenderaan lama musnah dalam kebakaran di Jalan Bendahara, Ipoh pada Selasa. - Foto Ihsan Bomba Perak

IPOH - Sebanyak 120 kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah stor kenderaan lama di Jalan Bendahara, Kampung Temiang di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Hussin berkata, kejadian itu menyebabkan kesemua kereta musnah kira-kira 80 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan awal diterima pada jam 10.30 pagi sebelum dua pasukan dari BBP Pasir Puteh serta BBP Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan pada awalnya menghadapi kesukaran dengan mendapatkan sumber air yang jauh ekoran pili bomba berhampiran tidak fungsi.

Iklan

"Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran sebelum meneruskan kerja memadamkan api dengan menggunakan aliran air," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan operasi memadam kebakaran selesai pada jam 1.34 petang.

Iklan

"Operasi melibatkan kekuatan 35 pegawai dan anggota selain menerima bantuan jentera 'prime mover' dari BBP Kuala Kangsar dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji serta Menglembu.

"Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran, manakala jumlah sebenar kerugian belum dapat dipastikan," katanya.