ADUN Kupang terlibat kemalangan
Iklan
Kenderaan Ahmad Najmi kiri remuk teruk.
BALING - ADUN Kupang, Briged General (B) Datuk Najmi Ahmad terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Landak, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, beliau yang memandu kenderaan Toyota Harrier berseorangan dari arah Kampung Pisang bertembung dengan sebuah Perodua Viva dinaiki empat beranak dari arah Kulim.
Iklan
Iklan
Najmi dan pemandu serta penumpang kereta Perodua Viva tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kedua-dua kenderaan remuk teruk di bahagian depan.
Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Muhamad Nor Hasimi berkata, Najmi dalam perjalanan mengambil sahabatnya untuk menghadiri kuliah agama di Markas Kampung Padang Ubi.
Iklan
"Kuliah agama bermula jam 9 pagi. Sebelum ke sana beliau dalam perjalanan mengambil mantan ADUN Kuala Ketil, Md Zuki Yusof di Kampung Landak.
"Sampai di simpang kampung berkenaan, kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lagi kereta yang dalam perjalanan ke Kelantan," katanya.
Iklan
Beliau berkata, Najmi menerima rawatan di Hospital daerah Baling dan telah dibenarkan keluar.
"Alhamdulillah beliau selamat, cuma masih berasa sakit di belakang leher dan bahu akibat hentakan yang kuat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>