Stadium Nasional ditutup mulai Rabu

Iklan
Keadaan padang becak selepas hujan lebih dua jam di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum perlawanan kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menetang Bahrain Sabtu lalu.

PUTRAJAYA - Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah tersebut bagi membolehkan kerja baik pulih dimulakan.

Iklan
Iklan

"KBS memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.

Iklan
Iklan

"Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas," katanya.