[VIDEO] Hamid Gurkha meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Hamid Gurkha

SHAH ALAM - Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada Selasa.

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada jam 2.19 petang.

Iklan
Iklan

Pemergian pelawak legenda itu disahkan oleh pentadbir akaun laman Facebook Hamid Gurkha dalam satu hantaran pada petang Selasa.

"Assalamualaikum semua peminat Pak Mid. Pak Mid sudah meninggalkan kita semua.

Iklan

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman," menurut hantaran berkenaan.

Hamid yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada tahun 1978 dan isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga pada April 1957.

Iklan

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.



BERITA SEMASA 14 JUN 2022

Pelawak legenda, Hamid Gurkha berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, hari ini.

Baca artikel penuh: https://bit.ly/3QerH6F

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #meninggal #SinarHarian" />