Ular sawa 180kg ditangkap

Iklan
Anggota APM berjaya menangkap ular sawa batik seberat 180 kg di Andora Peak, Semambu, awal pagi tadi. - Foto: Ihsan APM

KUANTAN - Seekor ular sawa batik seberat 180kg berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan di Andora Peak, Semambu di sini, hari ini.

Pegawai APM Kuantan, Muhammad Ikram Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehadiran reptilia sepanjang lebih 9 meter tersebut di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, beberapa anggota APM telah ke lokasi kejadian dan cuba menangkap ular sawa terbabit.

"Kami mengambil masa kira-kira empat jam sebelum berjaya menangkap ular tersebut menggunakan penjerut dan penyepit.

Iklan

"Saiz ular yang besar dan terlalu agresif kerana merasa terancam dengan kehadiran kami jadi mengambil masa yang agak lama untuk menangkapnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, kehadiran ular tersebut disedari oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Iklan

"Mereka ternampak reptilia itu cuba untuk menyeberangi jalan dari kawasan semak berhampiran, sebelum menghubungi APM,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Ikram berkata, haiwan itu dilepaskan ke habitat asalnya selepas ditangkap.