Biden bakal lawat Israel, Tebing Barat, Arab Saudi bulan depan

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON/ANKARA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijadual mengadakan siri lawatan ke Israel, Tebing Barat dan Arab Saudi pada bulan depan, kata seorang pegawai kanan pentadbiran pada Isnin sekali gus menamatkan spekulasi mengenai lawatannya ke Asia Barat.

Lawatan pada 13 hingga 16 Julai itu akan melibatkan perjumpaan dengan rakan sejawat dan pegawai kanan.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan yang memperincikan jadual lawatan itu, jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre berkata, Biden akan bertemu dengan pemimpin Israel yang antara lain akan membincangkan mengenai isu keselamatan dan kemakmuran.

Selepas itu, Biden akan melawat Tebing Barat untuk bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pegawai kanan yang lain, lapor Agensi Anadolu.

Iklan

Biden juga dijangka mengesahkan komitmennya terhadap penyelesaian dua negara dan membincangkan kaedah untuk mencapai kata sepakat menerusi landskap politik demi memastikan kebebasan, keselamatan, kemakmuran dan maruah yang sama rata kepada rakyat Israel dan Palestin.

Beliau kemudian akan ke Jeddah, Arab Saudi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk melibatkan Mesir, Iraq dan Jordan (dikenali GCC+3).

Iklan

Di Jeddah beliau dijadual bertemu presiden dan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan global.

Jean-Pierre berkata, Biden 'menghargai undangan dan kepimpinan Raja Salman, yang telah menjadi rakan kongsi strategik AS selama hampir lapan dekad'.

Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA) mengesahkan lawatan ke Arab Saudi bakal berlangsung pada 15 hingga 16 Julai. - Bernama