ATMA tawar pengajian tahfiz percuma

Iklan
Murid-murid Akademi Tahfiz Masjid Aman (ATMA) di Cherang, Kota Bharu bergambar bersama barisan tenaga pengajar akademi berkenaan.

KOTA BHARU - Akademi Tahfiz Masjid Aman (ATMA) di Cherang di sini, menawarkan pengajian tahfiz percuma kepada murid berusia lapan sehingga 12 tahun sejak dua tahun lalu.

Pengasas Bersama ATMA, Mohd Afizi Ahmad berkata, ATMA memperkenalkan sistem pengajian tahfiz secara harian yang membolehkan ibu-bapa menghantar anak-anak mereka tanpa perlu tinggal di asrama.

Iklan
Iklan

Katanya, kelas pengajian berlangsung pada Ahad hingga Khamis bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Pengajian di ATMA adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak akademik ini.

Iklan

"Ketika ini, ATMA mempunyai 26 murid dan kemasukan masih dibuka kepada kanak-kanak yang berminat untuk menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Selasa.

Katanya, ATMA komited dalam memberikan pendidikan al-Quran kepada anak-anak pada awal usia menggunakan kaedah Iqra satu hingga enam bagi memantapkan bacaan pelajar sebelum memulakan hafalan.

Iklan

"Visi pihak ATMA adalah ingin melahirkan generasi yang boleh membaca, menghafal, memahami dan menyampaikan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

"Selain itu, ATMA juga memberikan fokus kepada membina generasi yang lebih berkeyakinan tinggi,” katanya.

Tiga murid Akademi Tahfiz Masjid Aman (ATMA) layak ke peringkat akhir Pertandingan Hafazan Quran Institut Pengajian al-Quran (ITQAN) Kebangsaan kali ke-14 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Tambahnya, tiga murid ATMA layak ke peringkat akhir Pertandingan Hafazan Quran Institut Pengajian al-Quran (ITQAN) Kebangsaan kali ke-14 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.