KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan di Jalan Tanah Putih di sini, pada tengah malam Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 37 tahun itu digerakkan.