MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui sokongan padu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil jelas menyuntik semangat Harimau Malaya untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, malam Selasa.
Ahmad Faizal turut menghargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya meniup semangat para pemain untuk beraksi cemerlang.